Kategori Berita Utama

PM: BN parti untuk masa depan

10 MAC: Manifesto BN yang mesra orang muda akan ditampilkan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata ia disebabkan BN amat serius membangunkan keperluan generasi muda negara berbanding pembangkang.

Katanya, BN mempunyai perancangan jelas dan teratur untuk masa depan generasi muda negara jika diberi mandat pada PRU nanti.

“Saya bersetuju dengan Khairy Jamaluddin supaya memasukkan bab khusus untuk generasi muda Pemuda dan Puteri dalam manifesto BN.

“Kita akan fikir tentang ilmu dan kemahiran, gaji dan pendapatan, peluang pekerjaan, tempat tinggal serta gaya hidup orang muda, semuanya kita akan masukkan dalam manifesto BN.

“BN mahu lihat masa depan generasi muda kita yang jauh lebih baik. Kita bukan parti untuk hari ini saja, malah untuk masa depan,” katanya di Pagoh hari ini.

Najib berkata demikian ketika pelancaran Himpunan Jentera Pemuda dan Puteri Barisan Nasional (BN) Peringkat Kebangsaan di di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Pagoh, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Belia dan Sukan merangkap Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin Abu Bakar serta Naib Ketua Puteri UMNO, Zahida Zarik Khan.

Sementara itu, lebih 10,000 ahli Pemuda dan Puteri UMNO hadir sebagai simbolik untuk menunjukkan kesiapsiagaan jentera sayap parti itu dalam menghadapi PRU14.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 March 2018 12:46 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: