Kategori Berita Antarabangsa

PM Canada gesa siasat pembunuhan Gaza

17 MEI: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau menyarankan satu siasatan bebas diadakan selepas 60 Palestin dibunuh tentera Israel dalam satu protes Isnin lalu.

“Keganasan melampau dan penggunaan peluru hidup adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Amat penting untuk kita mengetahui fakta mengenai apa sedang berlaku di Gaza.

Justin Trudeau (foto fail)

“Kanada menyeru siasatan bebas segera dijalankan untuk mengkaji secara menyeluruh fakta-fakta di lapangan, termasuk sebarang hasutan, keganasan dan penggunaan kekerasan yang berlebihan,” katanya dipetik AFP.

Keganasan Isnin lalu berlaku serentak dengan perasmian kontroversi kedutaan baharu Amerika Syarikat di Baitulmaqdis, yang memecah tradisi antarabangsa sejak berdekad lalu.

Israel membenarkan penggunaan kekerasan terhadap penunjuk perasaan Palestin dengan alasan untuk mempertahankan sempadannya, yang cuba digugat penunjuk perasaan.

Sementara itu, Trudeau menawarkan bantuan Kanada dalam siasatan itu, sambil berikrar untuk bekerjasama dengan rakan kongsi dan institusi pelbagai hala untuk menangani situasi yang serius ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 10:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: