Kategori Berita Utama

PM dedah tiga prinsip Rancangan Rekonsiliasi Nasional

25 FEB: Rancangan Rekonsiliasi Nasional akan diumum dan dilaksanakan dalam tempoh beberapa bulan sahaja lagi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa.

“Saya akan berikan matlumat lanjut dalam masa terdekat ini, namun kali ini izinkanlah saya berkongsi serba-sedikit mengenai rancangan ini,” kata Najib di laman blog rasmi beliau www.1Malaysia.com.my.

Menurut Najib, setelah berbulan-bulan merancang dengan teliti, kerajaan kini sudah hampir bersedia untuk melaksanakan rancangan Rekonsiliasi Nasional berkenaan.

najibbajet14Rekonsiliasi Nasional yang bakal dilancar itu, kata Najib, berlandaskan prinsip-prinsip “HORMAT-MENGHORMATI, BEKERJA & BERGEMBIRA BERSAMA, serta semangat bertolak-ansur.

“Sebagai permulaan, kita mahu rakyat untuk mula berkongsi cerita-cerita berkaitan sikap berbuat baik di antara kaum-kaum dan ini termasuklah di dalam media arus perdana dan media online serta media sosial.

“Sebagai contoh, berkongsi gambar seorang anggota polis berbangsa Melayu yang sedang membantu seorang wanita tua berbangsa Cina melintas jalan akan dapat memupuk semula apa yang kita memang tahu tapi semakin kita lupakan – bahawa kita adalah sebahagian daripada sebuah keluarga Malaysia,” kata perdana menteri.

Perdana Menteri turut meminta rakyat agar tidak menggalakkan penyebaran laporan-laporan mengenai tindakan kumpulan atau organisasi pelampau tertentu yang berkecenderungan untuk menghancurkan kepercayaan di antara kaum di negara ini.

“Anda tahu bahawa apa yang mereka lakukan atau katakan di laman-laman media sosial ternyata salah, jadi mengapa harus kita kongsi pendapat-pendapat sebegitu online,” nasihat beliau.

“Jika kita mahu mengekalkan keharmonian dalam negara kita ini, jangan biarkan penghasut-penghasut ini menguasai kita!

“Lebih baik lagi, janganlah kita cepat menyebarkan insiden-insiden ini kerana ia sudah pasti akan menyebabkan ketakutan dan kebencian,” tegas Najib lagi.

Malah kata Najib, orang ramai juga tidak perlu mengutuk tindakan mereka, sebaliknya jangan hiraukan dan tidak perlu memberikan mereka sebarang publisiti.

Menurut Najib lagi, apabila Rancangan Rekonsiliasi Nasional dilancarkan rakyat akan dapat melihat bahawa ia bukan hanya milik kerajaan semata-mata.

“Era ini bukan lagi era ‘kerajaan lebih mengetahui’. Konsep ini adalah milik rakyat, maka setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan sekiranya kita mahukan kedamaian dan keharmonian,” jelas Najib berkongsi sedutan sebahagian kandungan Rancangan Rekonsiliasi Nasional itu.

“Sebaik saja anda bertindak, sebarang kata-kata atau sebarang permintaan yang tidak masuk akal dari pihak pelampau ini tidak akan membawa sebarang makna, kerana anda tahu perasaan anda, perasaan jiran-jiran anda dan seterusnya perasaan majoriti rakyat Malaysia,” kata Najib.

Teks penuh artikel ‘Rekonsiliasi Nasional: Perkembangan Terkini’ oleh perdana menteri boleh dilayari di http://www.1malaysia.com.my/blog/rekonsiliasi-nasional-perkembangan-terkini/-bnbbc.my

Blog PM Rekonsiliasi Nasional 25 Feb

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 25 February 2014 12:57 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: