Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM di Rumah Terbuka Aidilfitri KDN

4 OGOS : Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Selasa malam.

Ketibaan beliau jam 9.25 malam disambut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan isteri, Datin Seri Hamidah Khamis.

Perdana Menteri meluangkan masa hampir sejam menikmati jamuan dan beramah mesra dengan para tetamu.

Majlis yang dihadiri hampir 20,000 tetamu menghidangkan pelbagai juadah seperti sate, kambing panggang dan kuih-muih tradisi.

pm kdn 2Tidak ketinggalan, majlis turut dimeriahkan dengan persembahan tarian tradisional dan artis terkenal seperti Jamal Abdillah, Nash dan Zamani.

Turut hadir Timbalan Menteri KDN, Datuk Nur Jazlan Mohamed, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan kakitangan daripada jabatan serta agensi di bawah KDN.

zahid kdn raya

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 5 August 2015 12:33 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: