Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM dijemput Arab Saudi sertai sidang bersama Trump

11 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerima jemputan daripada kerajaan Arab Saudi bagi menghadiri Sidang Kemuncak Negara Arab, Islam dan Amerika Syarikat pada 21 Mei depan di Riyadh, Arab Saudi.

Jemputan berkenaan disampaikan Menteri Kebudayaan dan Informasi Arab Saudi Dr Awwad Salleh Al-Awwad ketika mengadakan pertemuan dengan Najib di Perdana Putra hari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Luar, sidang kemuncak sehari itu dijangka dihadiri Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

Katanya acara itu antara lain akan membentangkan beberapa perkara termasuk isu keselamatan dan keganasan.

Awwad yang tiba di Malaysia semalam akan terbang ke Indonesia hari ini dan dan seterusnya ke Brunei untuk menyampaikan jemputan serupa kepada kedua-dua pemimpin negara itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 May 2017 3:23 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: