Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM harap sambutan Thaipusam jadi lambang semangat Negaraku

30 JAN: Datuk Seri Najib Tun Razak berharap sambutan Thaipusam akan terus menjadi lambang semangat Negaraku serta sumber inspirasi kepada semua rakyat untuk terus hidup dalam keamanan, perpaduan dan kestabilan.

Perdana Menteri berkata Malaysia cukup bertuah kerana dirahmati dengan kepelbagaian kaum, agama serta budaya, menjadikan rakyat di negara ini cukup  unik dan dapat mengamalkan kepercayaan masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.

“Marilah kita bersama-sama menghayati semangat sambutan Thaipusam bersama keluarga, sahabat handai dan kenalan yang beragama Hindu,” katanya dalam perutusan bersempena sambutan perayaan Thaipusam esok menerusi blognya najibrazak.com hari ini.

Najib seterusnya berharap masyarakat Hindu di Malaysia menyambut Thaipusam dengan penuh makna tahun ini.

“Selamat menyambut Thaipusam!,” ucap Najib.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 30 January 2018 11:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: