Kategori Berita Utama

PM harap Tahun Baharu Cina beri tuah kepada BN

16 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar sambutan Raya Cina 2018 memberi tuah kepada BN dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Katanya, tuah itu diharap dengan mengambil kira perkembangan ekonomi yang semakin positif hasil daripada usaha kerajaan selama ini.

“Mudah-mudahan kita berdoa memberi sesuatu keputusan yang memberangsangkan pada kerajaan,” katanya selepas menghadiri Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina MCA di Jalan Ampang, Jumaat.

Turut hadir Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong, Presiden GERAKAN, Datuk Seri Mah Siew Keong, Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas dan Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Tambah Najib lagi, beliau melihat suasana sambutan tahun ini begitu meriah dengan semangat positif yang dalam diri masyarakat.

“Saya lihat tahun ini agak meriah barangkali bila rakyat merasakan ekonomi berkembang sebanyak 5.9 peratus, saham pun naik, ringgit pun lebih kukuh, keyakinan terhadap masa depan negara kita menyerlah.

“Sambutan tahun baru Cina disambut dengan suasana yang ceria dan meriah,” katanya lagi.

Terdahulu, Perdana Menteri yang tiba lebih kurang jam 10 pagi tadi diiringi beberapa pemimpin lain menggaul yeesang sempena sambutan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 16 February 2018 1:00 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: