Kategori Berita Utama

PM & isteri tunai umrah sempena lawatan kerja ke Arab Saudi

23 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan ibadah umrah di Masjidil Haram, Makkah, Arab Sauidi pada Ahad malam.

Pada pagi Isnin, perdana menteri bertemu rakyat Malaysia di Restoran D’Saji dalam suasana santai sambil bersarapan.

Sebelum itu, Najib diberi layanan berstatus tetamu negara setibanya beliau di Madinah pada Sabtu untuk lawatan kerja empat hari di Arab Saudi.

Menurut Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Mohd Khalid Abdul Razak lawatan kerja Perdana Menteri amat dinanti-nantikan kerajaan Arab Saudi.

Lawatan ini juga menunjukkan hubungan erat Kuala Lumpur-Riyadh dalam pelbagai bidang yang memberi manfaat kepada kerajaan dan rakyat kedua-dua buah negara terutama dalam sains, sosial dan IT, katanya.

Antara kepakaran yang disumbangkan Malaysia ialah melalui kajian usahasama Universiti Teknologi Malaysia mengenai bekalan air bawah tanah yang membawa impak besar yang boleh dikongsi dua negara berkenaan.

Dalam bidang pelancongan, Mohd Khalid juga berkata Malaysia menyasarkan untuk menarik 110,000 pelancong negara ini yang gemar berbelanja besar dengan purata seorang pelancong membelanjakan RM8,000 seminggu, sempena Tahun Melawat Malaysia tahun depan.-bnbbc.my

Najib dan isteri ketika melakukan tawaf di Baitullah malam Ahad.

Najib dan isteri ketika melakukan tawaf di Baitullah malam Ahad.

 

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 23 December 2013 6:59 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: