Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM jamin bantuan banjir mencukupi

3 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan bantuan banjir kepada mangsa akan mencukupi.

Beliau berkata demikian menerusi akaun Twitter yang dimuatnaikya.

Perdana Menteri berkata, keadaan semua negeri yang terbabit dalam bencana banjir sedang dipantau bagi melihat perkembangan semasa bencana.

“Saya memantau keadaan di beberapa negeri di selatan dan pantai timur yang dilanda banjir.

“Kerajaan akan pastikan bantuan mencukupi, dan saya harap semua yang terlibat tabah, utamakan keselamatan serta mengikuti arahan pihak berkuasa,” katanya.

Antara kawasan yang dilapor teruk dilanda banjir ialah Kuantan, Pahang, Kuala Krai dan Tanah Merah masing-masing di Kelantan serta Mersing dan Kota Tinggi di Johor.

Perkembangan terbaru menyaksikan bilangan sekolah di Pahang yang ditutup akibat banjir meningkat kepada 15 berbanding 11 buah semalam.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 January 2018 6:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: