27 NOV: Kerajaan memberi jaminan bahawa bantuan kepada mangsa banjir di Pantai Timur akan disalurkan sambil meminta semua pihak bekerjasama,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,
“Saya memantau keadaan, beberapa kawasan di Kelantan yang mula dinaiki air dan memerlukan penduduknya dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
“Saya harap semua berhati-hati dan beri kerjasama kepada pihak berkuasa. Kerajaan akan pastikan bantuan tiba kepada yang memerlukan,” katanya menerusi Twitter, Isnin.
Sementara itu, berdasarkan portal eBanjir Kelantan, sehingga jam 10 malam tadi, bilangan mangsa banjir di negeri itu terus meningkat kepada 1,218 orang.