Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM jelaskan langkah atasi kos sara hidup

11 MAC: Sidang Dewan Rakyat Penggal kedua Parlimen Ke-13 pada Selasa  bersidang tanpa kehadiran pemimpin pembangkang atau Pakatan Rakyat (PR).

Kesemua 89 ahli Parlimen pembangkang memboikot sidang pada hari ini kononnya solidariti terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dihukum penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dewan Rakyat bersidang seperti biasa dengan pembukaan soalan lisan  Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung peningkatan kos sara hidup.

najibdr

Najib

Bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin hari kian meningkat, Najib menjelaskan bahawa salah satu langkah yang diambil ialah memperkenalkan subsisi bersasar kepada rakyat.

“Kaedah subsidi pukal membawa kepada ketirisan, banyak mana juga kita belanja ia tidak boleh menutup masalah ketirisan.

“Oleh yang demikian kita beralih dari subsidi pukal kepada subsidi bersasar, maknanya kita bagi kepada rakyat yang layak bukan kepada warga asing, pelancong atau lain-lain,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Ahli Parlimen Pekan itu turut menambah bahawa kerajaan sedia ada berusaha untuk memperbaiki perkhidmatan dengan melakukan penambahbaikan berhubung Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

“Kita boleh baiki dan melakukan penambahbaikan kepada BR1M dan kita akan dapat menyelamatkan berbillion ringgit duit milik rakyat,” tegasnya lagi.

Kerajaan juga menurut beliau telah mengenal pasti beberapa punca kepada kenaikan harga barang dan ekoran daripada itu, langkah-langkah yang rasional diambil bagi membantu rakyat mengurangkan kos sara hidup yang menimbulkan keresahan dan kerisauan di kalangan rakyat.

“Beberapa punca-punca yang telah dikenal pasti menyebabkan berlakunya kenaikan harga barang, antaranya disebabkan manipulasi harga, keadaan bekalan, kelemahan supply-chain, ketidakcekapan logistik, kos operasi dan kebergantungan kepada barangan yang diimport,: katanya.

Selain itu, faktor cuaca yang turut mempengaruhi jumlah pengeluaran dan menyebabkan penawaran ebkalan berkurangan daripada pemintaan yang mendorong peniaga untuk menaikkan harga.

“Mekanisme penstabilan harga barangan ini perlu diperkemaskan bersesuaian dengan keadaan semasa, jadi kita sentiasa menyusun semula setiap bantuan atau program mengikut kesesuaian supaya rakyat serta semua golongan yang memerlukan atau yang disasar akan merasa faedahnya,” katanya. -bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 March 2014 1:01 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: