Kategori Berita Utama

PM jemput solat hajat petang Khamis

13 FEB: Umat Islam dijemput untuk menyertai majlis solat hajat untuk kemakmuran dan keamanan negara di Masjid Wilayah Persekutuan, di Jalan Duta, Kuala  Lumpur mulai jam 6 petang, Khamis.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri membuat jemputan berkenaan dalam catatan terkini laman Facebook beliau.

“Semoga usaha ini akan beroleh keberkatan dan keredaanNya, Insya-Allah,” kata beliau dalam catatan berkenaan.

Najib sendiri turut dijadual menghadiri majlis itu yang dianjurkan 1Malaysia For Youth.

Majlis akan dimulai dengan tazkirah serta ceramah, disusuli solat Maghrib, bacaan Yasin, solat Isyak dan solat hajat sebelum diakhiri dengan jamuan malam.-bnbbc.my

PM invite solat hajat

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2014 10:18 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: