Kategori Berita Antarabangsa

PM Jepun ikrar pindahkan pangkalan udara tentera AS

6 FEB: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berikrar meneruskan rancangan calon parti yang menang pilihan raya di Okinawa untuk memindahkan pangkalan udara Marin Amerika Syarikat (AS) di selatan pulau itu.

Calon Taketoyo Toguchi yang disokong parti gabungan Abe mengalahkan penyandang Susumu Inamine.

Memetik laporan Reuters, Inamine sebelum ini menentang perpindahan pangkalan udara AS Futenma ke Nago di utara Okinawa dari pulau berkenaan.

Kemenangan Toguchi dijangka memberi dorongan kepada rancangan untuk memindahkan pangkalan itu yang lama tergendala.

Pemilihan itu diadakan beberapa hari sebelum Naib Presiden AS, Mike Pence dijangka melawat Jepun minggu ini.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2018 4:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: