Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM jumpa parti komponen bincang RUU 355

21 Mac: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan  semua pimpinan parti komponen minggu ini, sebelum pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (RUU 355) dilakukan di Dewan Rakyat.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, Najib sudah mengadakan pertemuan pada dua minggu lalu dan mereka menyatakan pendirian masing-masing mengenai perkara berkenaan.

“Beliau memahami keadaan kita berhubung isu ini dan juga pandangan kita,” kata Dr Subramaniam ketika ditemui di lobi Parlimen pada Isnin.

Usul pindaan RUU 355  yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang pada tahun lalu akan dibahas serta diundi untuk sesi Dewan Rakyat kali ini.

Antara pindaan  yang akan dilakukan adalah memperuntukkan maksimum tempoh penjara hingga 30 tahun, denda hingga RM100,000 serta 100 sebatan, berbanding pindaan tahun 1984 iaitu maksimun tiga tahun penjara, denda RM5,000 serta enam sebatan.

Mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa kerajaan akan mengambil alih untuk membentangkan pindaan Akta berkenaan, Dr Subramaniam berkata, MIC tidak mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

“Selain itu juga, Perdana Menteri memaklumkan bahawa beliau akan mengadakan pertemuan dengan parti-parti komponen sekali lagi, jadi biar kita tunggu mesyuarat itu.

“Hanya selepas itu, kita akan tahu apa yang dicadangkan dan barulah kita boleh menyatakan pendirian kita,” katanya.

 

 

Share This:




Berita Bertarikh pada 21 March 2017 1:23 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]