Kategori Berita Antarabangsa

PM Kanada bawa anak ke pejabat

14 MEI: Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau sekali lagi menarik perhatian dunia susulan membawa anaknya ke pejabat di Langevin Block dekat Parliament Hill.

Beberapa gambar beliau sedang bergurau senda dengan Hadrien, 3, menjadi viral di media sosial.

Lebih menarik perhatian apabila anaknya turut bersama ketika pemimpin Parti Liberal itu mengadakan sidang media dengan wartawan dan beberapa ahli politik.

“Sama ada ia baik dari segi perhubungan awam atau tidak, Trudeau adalah seseorang yang sentiasa mengutamakan keluarga,” kata seorang netizen di Facebook.

“Saya pernah melihat gambar yang sama ketika beliau bersama bapanya, bekas perdana menteri Kanada, Pierre Trudeau,” lapor Agensi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 May 2017 11:49 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: