Kategori Berita Utama

PM: Kerajaan sentiasa dengar luahan komuniti Cina

20 FEB: Kerajaan Persekutuan sentiasa terbuka mendengar suara persatuan dan komuniti Cina di negara ini, kata Datuk Seri Najib Razak.

“BN menggunakan pendekatan terbuka, berbanding tindakan segelintir negeri yang memilih meminggirkan suara persatuan Cina, sekali gus menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan komuniti,” kata perdana menteri menerusi blognya hari ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata komuniti Cina bukan sekadar memainkan peranan penting dalam pembangunan ekonomi, malah turut menabur jasa terhadap proses negara mencapai kemerdekaan.

“Nama tokoh seperti Tun Tan Cheng Lock dan Tun H S Lee atau Yap Ah Loy akan terus terpahat di ingatan rakyat berbilang kaum di Malaysia,” kata Najib.

Sementara itu, perdana menteri turut melihat peningkatan keyakinan komuniti Cina kepada pemerintah ketika pertemuan dengan mereka di Kuala Lumpur dan Langkawi sempena Tahun Baharu Cina.

“Sambutan yang diraikan seluruh rakyat mengingatkan kita mengenai keunikan Malaysia dengan pelbagai acuan yang mana, setiap kaum atau bangsa memainkan peranan masing-masing dalam membangunkan negara ini.

“Malah, sejak saya mengambil alih tampuk pentadbiran, cukai pendapatan individu banyak dikurangkan dan ini tentunya banyak memanfaatkan golongan profesional berbangsa Cina,” kata Najib.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 February 2018 11:21 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: