Kategori Berita Utama

PM: Ketepikan perbezaan demi negara yang harmoni

4 MAC: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesa golongan belia untuk memperlengkapkan diri mereka dengan nilai-nilai murni yang diterapkan dalam seni mempertahankan diri taekwondo.

Katanya, sifat menghormati, disiplin, ketahanan dan ketabahan merupakan prinsip panduan dalam usaha pembinaan negara dan tema penyatuan adalah sesuatu yang penting dalam aspek persefahaman agama dan kaum di sebuah negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berswafoto dengan peserta-peserta Taekwondo pada Majlis Perasmian Kejohanan G1 Taekwondo Malaysia (WTF) di Ruang Terbuka Berhadapan PICC Putrajaya.

“Saya gembira bahawa takewondo memainkan peranan yang sangat positif dalam mempromosi dan memperkukuh masyarakat pelbagai kaum kita.

“Mari kita mengetepikan apa sahaja perbezaan yang kita dalam mencapai Malaysia yang bersatu dan harmoni,” katanya ketika berucap merasmikan Kejohanan Terbuka Taekwondo Dunia 2018 (G1) di Putrajaya hari ini.

Turut hadir, Presiden Taekwondo Dunia Chungwon Choque, Presiden Taekwondo Malaysia Tan Sri S A Vigneswaran dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan replika cek  sumbangan kepada Presiden Taekwondo Dunia, Chungwon Choque (kanan) pada Majlis Perasmian Kejohanan G1 Taekwondo Malaysia  di Ruang Terbuka Berhadapan PICC Putrajaya.

Pada majlis itu, Najib menyampaikan sumbangan kerajaan sebanyak RM1 juta kepada persatuan berkenaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 4 March 2018 2:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: