Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM kutuk serangan agen saraf di London

20 MAC: Datuk Seri Najib Razak mengutuk serangan agen saraf ke atas bekas pegawai perisikan tentera Russia dan anak perempuannya, di barat daya London.

“Mempunyai pengalaman yang serupa di tanah air, kita mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan senjata kimia dalam keadaan apa sekali pun, #SalisburyAttack,” kata Perdana Menteri dalam akaun Twitternya hari ini.

Bekas perisik Russia, Sergei Skripal, 66 dan anak perempuannya Yulia, 33, ditemui tidak sedarkan diri di luar sebuah pusat beli-belah di Salisbury pada 4 Mac lalu.

Ketika ini, kedua-duanya menerima rawatan di sebuah hospital dan dilaporkan dalam keadaan kritikal.

Pihak berkuasa UK membuat kesimpulan bahawa Sergei dan Yulia diracun dengan agen saraf ‘Novichok’.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 March 2018 9:10 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: