Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM lahirkan perasaan sedih serangan di Pakistan

27 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata beliau amat sedih dan kesal dengan siri serangan ganas di Pakistan pada malam menjelang Aidilfitri yang mengorbankan sekurang-kurang 80 dan mencederakan lebih 100 orang.

Najib dalam laman Twitternya, turut mengucapkan takziah kepada keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian pada malam menjelang Aidilfitri itu.

“Jijik dengan siri serangan kejam pada ambang Aidilfitri di Pakistan, takziah amat sangat kepada insan tersayang yang terjejas,” katanya dalam laman Twitternya, hari ini.

Sebelum ini, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, Kerajaan Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan kejam di ambang Aidilfitri di Karachi, Quetta dan Parachinar pada 23 Jun itu.

Kerajaan Malaysia berharap pihak yang bertanggungjawab ke atas jenayah itu akan akan dikenal pasti dan dibawa ke muka pengadilan secepatnya.

Kerajaan Malaysia juga merakamkan takziah dan simpati kepada Kerajaan Republik Islam Pakistan dan keluarga mangsa yang terlibat.

Sehingga kini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terbabit dalam insiden itu. Kementerian Luar, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad dan Konsulat Jeneral Malaysia di Karachi akan terus memantau keadaan itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 June 2017 2:44 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: