Kategori Berita Utama

PM lakukan aksi ‘tee-off’

10 DIS: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkesempatan meluangkan masa menyertai Pertandingan Golf Piala Ahmad Zahid Hamidi 2017 di The Mines Resort & Golf Club, Serdang.

Beliau yang diiringi Timbalannya, Datuk Seri Zahid Hamidi melakukan tee-off pada jam 8 pagi tadi sekali gus memulakan pertandingan yang turut disertai 129 peserta merangkumi barisan kepimpinan tertinggi UMNO dan pimpinan seluruh negara.

Antara yang menyertai pertandingan adalah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri di Jabatan Perdana, Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur pertandingan, Datuk Seri Azri Mohammad Zain dilaporkan berkata seramai 306 peserta mengambil bahagian dalam pertandingan yang berlangsung dua hari bermula semalam.

Azri berkata, penganjuran tahun ini adalah kali kelima sejak ia diperkenalkan pada 2013, dan pertama kali diadakan di The Mines Resort & Golf Club.

“Tujuan kami mengadakan pertandingan ini adalah untuk mengeratkan silaturahim antara sahabat di seluruh negara.”

“Datuk Seri Ahmad Zahid melahirkan rasa gembira dan berpuas hati kerana Perdana Menteri sudi menyertai kejohanan kali ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 10 December 2017 12:05 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: