Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM lancar ASB2 sasar Gen-Y

2 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2), dana amanah ke-10 diuruskan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB), dengan saiz 10 bilion unit.

PNB menyasarkan ASB 2 kepada golongan Bumiputera, terutama golongan muda ataupun ‘Gen-Y’.

Produk terbaru PNB itu turut memberi keutamaan kepada pemegang-pemegang unit ASB yang telah mencapai had pelaburan maksimum 200,000 unit tetapi berhasrat mempelbagaikan atau meningkatkan pelaburan di dalam tabung unit amanah ASNB.

IMG-20140402-WA0047

Najib, Pengerusi PNB Tan Sri Ahmad Sarji, serta CEO PNB Tan Sri Hamad Kama Che Piah ketika pelancaran ASB2 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, Rabu.
-Foto oleh Heikal Rosli

Najib berkata PNB, pengurus dana terbesar negara, telah memperuntukkan sebanyak RM10 juta bagi tujuan pemberian insentif kepada para pelabur ASB2 ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit yang mendaftar mulai hari ini sehingga 31 Disember, 2014.

“Saya juga ingin memaklum insentif kepada pemegang unit ASB2 bermula hari ini sehingga 31 Disember 2014, sebanyak 10 unit ASB2 percuma akan dikreditkan ke akaun pemegang unit,” katanya.

Namun, ia tertakluk kepada jumlah unit yang masih ada, katanya ketika melancarkan ASB2 di Stadium Merdeka pada Rabu.

ASB2 yang merupakan dana berharga tetap RM1 seunit dibuka kepada bumiputera berumur seawal enam bulan dan menurut Najib lagi, ia juga adalah sebahagian daripada Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.

Had langganan maksimum ASB2 ditetapkan 50 ribu unit bagi setiap pemegang Akaun Bijak dan 200 ribu unit bagi setiap pemegang Akaun Dewasa.–bnbbc.my

Dua anggota kabinet, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahalan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang turut hadir ketika pelancaran ASB2

Dua anggota kabinet, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rahman Dahalan serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar yang turut hadir ketika pelancaran ASB2

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 April 2014 7:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: