Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM lancar misi bantuan Rohingya ketiga

27 JAN: Kerajaan menambah bantuan kepada pelarian Rohingya di Bnagladesh dengan penghantaran 10 tan keperluan asas serta makanan ke Cox’s Bazar melalui penerbangan tentera, hari ini.

Penghantaran delegasi diketuai Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor serta Duta Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bagsa Bersatu (UNDP), Tan Sri Michelle Yeoh.

Ia disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang.

Turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan wakil kedutaan Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Bangladesh.

Pesawat tentera Airbus A400M berlepas ke Chittagong pada jam 9 pagi tadi, dijangka tiba di destinasi dalam masa dua jam setengah.

Misi kemanusiaan kali ketiga ini turut mendapat sokongan Arab Saudi dan UAE yang akan memberi bantuan peralatan perubatan hospital medan Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 27 January 2018 10:11 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: