Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM lancar pameran produk teknologi hijau

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Jumaat melancarkan Pameran dan Persidangan Produk Teknologi Hijau dan Eko Antarabangsa (IGEM 2013) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Perdana Menteri yang diiringi Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili serta timbalannya Datuk Seri Mahdzir Khalid, meluangkan masa lebih daripada 30 minit melawat pameran itu.

Turut hadir ialah Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

igem2013IGEM 2013, yang berlangsung selama empat hari bermula semalam, disertai 469 pempamer dari 23 negara termasuk Kesatuan Eropah, Jerman, Taiwan, China, Korea Selatan, Jepun dan Singapura.

Edisi keempat IGEM itu dijangka dihadiri lebih 60,000 pengunjung dengan potensi jualan sehingga RM1.2 bilion.

Objektif pameran dan persidangan yang bertemakan, “Advancing Green Growth and Global Entrepreneurship” itu menumpukan kepada lapan sektor termasuk pembangunan, pengangkutan, teknologi maklumat dan komunikasi, air dan pengurusan sisa buangan dan tenaga.

Antara syarikat yang menyertai IGEM 2013 ialah Panasonic Malaysia Sdn Bhd, Philips Malaysia Sdn Bhd, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Land Rover, Honda Malaysia Sdn Bhd, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia. –11/10/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 11 October 2013 12:56 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: