Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM lawat mangsa banjir

7 JAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berkesempatan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Seri Damai, Pekan.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim; ADUN Pulau Manis, Datuk Khairuddin Mahmud dan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Shamsul Anuar Nasarah.

Sementara itu seramai 62 penduduk di kawasan parlimen Pekan terjejas banjir daripada 30 keluarga dari Kampung Seri Damai ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sejak Khamis lalu.

Sehingga jam 1 tengah, banjir di Pahang semakin pulih apabila hanya 595 orang daripada 200 keluarga masih ditempatkan di 16 PPS.

Pekan adalah daerah paling ramai mangsa dengan 282 orang daripada 77 keluarga yang ditempatkan di enam PPS.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 January 2018 2:30 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: