Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM luang masa melawat pengamal media

8 DIS: Cerita hari ini di Laman Media Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017.

Saban tahun Perdana Menteri tidak pernah melepaskan peluang untuk melawat dan bertanya khabar dengan semua pengamal media yang berkampung di PWTC bagi memberikan liputan sepenuhnya PAU 2017.

Datuk Seri Najib Tun Razak dan pegawainya juga tidak pernah penat melayan karenah pengamal media untuk bersalaman dan berswafoto setiap kali berjumpa.

Itulah sikap ramah mesra Presiden UMNO yang tidak mampu dinafikan sesiapa.

Turut meluang masa melawat media sambil membawa cenderahati termasuklah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusuh, Menteri Perdagangan dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamad dan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 6:02 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: