Kategori Berita Utama

PM mahu pesara, rakyat terus sokong kerajaan

15 JAN: Perdana Menteri mengumumkan berita baik yang  bakal memberi manfaat kepada 123,000 pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara.

Menurut Datuk Seri Najib Tun Razak, kerajaan akan memperuntukkan RM3 juta untuk Tabung Amanah Warisan Polis setiap tahun selama tempoh tiga tahun bagi membantu kebajikan pesara dan keluarga mereka, memperuntukkan kuota khas haji, sebahagian daripada 10,000 unit skim Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)-PDRM akan dikhaskan kepada pesara polis dan kemudahan penyaluran bantuan kepada mereka menerusi Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis.

Selain itu, bilangan kuota khas haji untuk pesara polis turut akan umumkan selepas kerajaan mendapat jumlah kuota keseluruhan daripada kerajaan Arab Saudi.

“Selepas itu saya akan beritahu timbalan perdana menteri dan ketua polis negara berapa jumlah untuk dikhaskan kepada pesara-pesara,” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan lebih 5,000 pesara polis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, Isnin.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Tambah Najib, Bahagian Hal Ehwal Pesara Polis akan disusun semula dan cawanganya akan dibuka di setiap negeri bagi memudahkan penyaluran bantuan.

“Kesemua ini bukanlah nilai kepada perjuangan pesara kerana sumbangan anda tidak ternilai dalam menjaga agama, bangsa dan negara,” katanya.

Dalam pada itu, Najib mengingatkan pesara supaya terus menyokong kerajaan sedia ada bagi membolehkan negara menuju ke puncak kejayaan.

“Pesara dan rakyat tidak seharusnya membuat perhitungan yang salah dengan memilih pihak tanpa ideologi serta tidak memikirkan perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Tanah air inilah sahaja yang ada pada kita, perjuangan yang dulu pasukan keselamatan lakukan janganlah disia-siakan, banyak lagi yang ingin kerajaan lakukan,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 January 2018 1:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: