Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM melawat mangsa banjir di P.Pinang

7 NOV: Datuk Seri Najib Tun Razak  berada di Pulau Pinang sejak pagi tadi bagi meninjau bagi meninjau situasi banjir besar yang melanda negeri itu.

Perdana Menteri tiba pada jam 10.40 pagi tadi di Lapangan Terbang TUDM Butterworth dan disambut oleh Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Sejurus itu, beliau mengunjungi Pejabat Daerah dan Tanah Seberang Perai Tengah dan diberi taklimat berkaitan situasi terbabit oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus.

Najib turut diberi taklimat mengenai punca kejadian serta langkah-langkah jangka pendek bagi mengatasi masalah itu daripada Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran negeri Ir Sabri Abdul Mulok.

Najib seterusnya bergerak ke Kampung Tanjung Putus untuk meninjau keadaan mangsa yang terjejas di kawasan berkenan.

Beliau dijadualkan akan meninjau penempatan mangsa banjir di Masjid Nyiur Sebatang berdekatan Tasek Gelugor yang menempatkan 242 mangsa.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 November 2017 12:03 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: