Kategori Berita Utama

PM menegaskan takkan sesekali jual kedaulatan negara

2 JUN: Datuk Seri Najib Razak menegaskan yang beliau tidak sesekali akan menjual kedaulatan negara seperti didakwa pembangkang.

Perdana Menteri berkata, hubungan kerjasama yang terjalin antara Malaysia dan China tidak akan menyaksikan beliau berkompromi mengenai kedaulatan negara walaupun sedikit.

Katanya, Malaysia sudah lama menjadi negara yang terbuka dan mesra kepada semua negara sehingga menjadi destinasi pilihan pelaburan langsung asing sama ada dari Jepun, China, India dan Arab Saudi.

“Adalah kurang cerdik dan sempit pemikiran kerajaan jika menolak semua pelaburan ini dan juga satu kesilapan asas dalam ekonomi yang akan memburukkan lagi keadaan Malaysia.

“Terdapat sesetengah pihak berfikiran bahawa adalah lebih baik memiliki syarikat yang rugi tetapi 100 peratus milik Malaysia daripada mempunyai pegangan lebih kecil namun mendapat akses kepada pasaran lebih besar, boleh dikembangkan dan teknologi canggih.

“Jika saya bertanya yang mana satu akan mencipta lebih banyak kemakmuran dan pekerjaan di Malaysia? Jawapannya sudah terang lagi bersuluh,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran pembukaan China Construction Bank (Malaysia) Bhd, di Ibu Negara hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi China Construction Bank, Wang Hongzhang.

Najib berkata, beliau juga tidak sesekali akan meminta maaf hanya kerana membantu memudahkan pelaburan di Malaysia.

Katanya, semua usaha dilakukannya itu adalah demi kepentingan semua pihak iaitu untuk rakyat Malaysia dan rakan dari luar negara.

“Kepada pengkritik yang berkata ‘terlalu banyak, terlalu pantas, terlalu drastik’, saya ingin mengatakan ini.

“Jika anda mahu menangguhkan pembangunan Malaysia atau jika mahu Malaysia ketinggalan di belakang dan jika anda tidak mahu peluang pekerjaan dicipta atau tahap pendapatan meningkat, maka pergilah menggunakan ‘modal’ kempen ini,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 2 June 2017 11:31 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: