Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM mulakan lawatan rasmi di Sri Lanka

18 DEC: Datuk Seri Najib Razak, diberikan sambutan rasmi oleh Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena sempena lawatan rasmi tiga hari ke negara itu bermula hari ini.

Terdahulu kenderaan perdana menteri tiba di Sekretariat Presiden pada jam 10 pagi waktu tempatan (12.30 tengah hari waktu Malaysia).

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak disambut Presiden Sri Lanka Maithripala Sirisena pagi tadi.

Sebaik tiba, beliau disambut dengan tarian tradisional, Kandian, sebelum diperkenalkan kepada Sirisena.

Perdana Menteri kemudian memeriksa perbarisan tentera diiringi 21 das tembakan meriam, disusuli pertemuan empat mata bersama presiden negara itu.

Kedua-dua pemimpin  itu dijadual mengadakan mesyuarat dua hala bersama delegasi masing-masing.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, Timbalan Menteri Luar, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan, Tun S Samy Vellu.

Malam ini, Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka menghadiri majlis makan malam bersama diaspora Malaysia.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 December 2017 3:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: