Kategori Berita Antarabangsa

PM New Zealand hamil anak pertama

19 JAN: Perdana Menteri New Zealand mengumumkan bahawa beliau hamil anak pertama, yang dijangka dilahirkan Jun ini.

Jacinda Ardern berkata Timbalan Perdana Menteri, Winston Peters, akan bertindak sebagai pemangku beliau selama enam minggu selepas kelahiran bayinya.

“Peters dan saya mempunyai hubungan baik dan saya tahu kami boleh mengharungi tempoh itu.

“Saya akan menyambung tugas Perdana Menteri selepas cuti berakhir,” lapor Reuters yang memetik kenyataannya menerusi e-mel hari ini.

Pemimpin Parti Buruh berusia 37 tahun itu menjadi Perdana Menteri Oktober lalu yang menamatkan penguasaan Parti Kebangsaan selama hampir sedekad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2018 9:39 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: