Kategori Berita Utama

PM: Pembangkang sedar manfaat GST

12 MEI:  Pembangkang tidak berani menghapuskan sistem Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kerana menyedari manfaatnya kepada negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ianya akan membuatkan pembangkang mempunyai pilihan untuk meningkatkan kadar cukai itu di masa hadapan.

“Pembangkang tahu GST menggantikan penurunan hasil minyak. Jadi, apabila mereka membuat pusingan U untuk mengekalkan GST, penyokong mereka rasa terpedaya. Mengapa tidak berani hapuskan terus sistem ini (GST) secara keseluruhannya?

“Pembangkang tahu GST menggantikan penurunan hasil minyak. Jadi, apabila mereka membuat pusingan U untuk mengekalkan GST, penyokong mereka rasa terpedaya

Menurut Najib, tindakan tergesa-gesa mereka ingin menurunkan kadar enam peratus kepada kosong adalah tidak masuk akal.

“Realitinya, sejak tahun 2015, hasil tahunan negara jatuh sebanyak RM40 bilion berikutan kejatuhan harga minyak. Mujurlah sistem GST diperkenalkan bagi menggantikan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST),” katanya di laman blog www.najibrazak.com, hari ini.

Mengulas lanjut, Najib berkata, tanpa hasil kutipan GST, kerajaan tidak mampu membayar gaji penjawat awam, menyediakan sekolah, hospital baharu dan membiayai anggota keselamatan negara.

“Walaupun dulu ada cukai, ia tidak didedahkan oleh sebilangan peniaga sehingga mereka menetapkan kadar sesuka hati,” kata beliau yang sedang dalam lawatan rasmi ke China.

Tegas Najib, sistem GST adalah lebih sistematik dan digunakan di lebih 140 negara.

“Kecekapan GST meningkatkan perolehan dan membolehkan perkhidmatan awam diteruskan dan memastikan ekonomi tidak ranap akibat kejatuhan harga minyak.

“Percayalah, sekiranya pembangkang memerintah, mereka sebenarnya ingin memberhentikan separuh daripada penjawat awam, guru, doktor, anggota keselamatan, pembinaan sekolah, masjid, jalan raya, hospital, perkhidmatan kesihatan serta perkhidmatan asas awam,” katanya.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 12 May 2017 2:42 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: