Kategori Berita Utama

PM: Pembangunan infra pemangkin ekonomi negara

13 MAC: Ekonomi Malaysia tidak berkembang jika pembangunan infrastruktur untuk rakyat tidak dilaksanakan dengan baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Jika ia berlaku, kita tidak mungkin dapat sediakan peluang pekerjaan kepada ribuan anak-anak kita yang keluar dari institut pengajian tinggi awam setiap tahun.

“Dan jika keadaan ekonomi tidak berkembang, mana mungkin kita dapat beri subsidi dalam bidang pendidikan, kesihatan dan tampung perbelanjaan untuk semua penjawat awam,” katanya sewaktu berucap merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis di Kangar hari ini.

Sementara itu, menyentuh status hutang negara, Najib yang juga Menteri Kewangan berkata ia berada di paras terkawal.

“Kalaulah sehari dua ini, dicanang dan dimomok konon hutang negara adalah terlalu besar, tetapi hakikatnya dan sebenarnya adalah di sebaliknya.

“Pada dasarnya, kita sudah tetapkan siling 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) kita. Hutang negara kita 50.8 peratus dari KDNK sahaja. Malah, Singapura, Jepun dan Itali mempunyai hutang lebih besar.

“Tetapi itu bukanlah ukurannya kerana apa yang lebih penting adalah kemampuan membayar balik. Hutang kita 98 peratus di dalam ringgit tetapi kita mampu bayar balik,” katanya diselangi dengan tepukan gemuruh hadirin yang hadir.

Turut hadir ialah Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 March 2018 6:38 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: