Kategori Berita Antarabangsa

PM Poland letak jawatan

8 DIS:  Perdana Menteri Poland, Beata Szydlo meletak jawatan semalam dan Menteri Kewangan, Mateusz Morawiecki menjadi penggantinya.

Laporan CNN menyebut bahawa perubahan itu dibuat oleh parti memerintah Undang-undang Dan Keadilan (PiS) untuk ‘memperbaiki komposisi kerajaan’.

Penganalisis politik negara itu menyifatkan peletakan jawatan Szydlo (foto) kemungkinan berpunca dari pemimpin PiS, Jaroslaw Kaczynski yang merasakan Szydlo ‘terlalu lemah dan kerajaan dipenuhi konflik dalaman.

“Jelas sekali Jaroslaw Kaczynski pemimpin sebenar negara ini dan dia yang membuat semua keputusan, tak peduli siapa pun perdana menteri,” kata penganalisis Henryk Domanski memetik laporan Reuters.

Sementara itu, Szydlo berterima kasih selepas diberikan peluang memerintah Poland selama dua tahun.

“Satu penghormatan untuk saya kerana diberi peluang memerintah Poland dan rakyatnya,” kata beliau di laman Twitter.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 8 December 2017 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: