Kategori Ekonomi

PM: Prestasi ekonomi negara suku pertama kukuh

1 JUN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa beliau gembira dengan prestasi kukuh ekonomi Malaysia dalam suku pertama tahun ini.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang 5.6 peratus dengan penggunaan swasta tinggi dan pelaburan sebagai pemacu utama pertumbuhan disokong oleh prestasi bertambah baik sektor luar.

“Malaysia terus mencatatkan lebihan perdagangan sebanyak RM18.9 bilion,” katanya di Putrajaya selepas Mesyuarat Majlis Eksport Negara, Khamis.

Menurut Najib lagi eksport dan import berkembang pada 21.4 peratus dan 27.7 peratus, masing-masing kepada RM224.7 bilion dan RM205.8 bilion, dalam suku pertama 2017.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan, Menteri Pertanian dan Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Pada masa yang sama, Najib mengucapkan tahniah kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kedua Datuk Seri Ong Ka Chuan yang dilantik sebagai Ahli Majlis Eksport Negara.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 June 2017 9:53 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: