Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM rasmi Klinik Nabawan

19 JAN: Datuk Seri Najib Razak hari ini berkesempatan merasmikan bangunan Klinik Kesihatan Nabawan, membabitkan kos sebanyak RM28.8 juta.

Kehadiran Perdana Menteri sekitar jam 8.50 pagi itu diiringi Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Turut hadir ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Pensingan, Tan Sri Joseph Kurup; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dan ADUN Nabawan, Datuk Bobbey A Suan.

Klinik Kesihatan berkenaan mempunyai  87 kakitangan termasuk dua doktor pakar dan 10 pegawai perubatan, memulakan beroperasi sepenuhnya pada 5 Disember 2016.

Mempunyai 15 katil, Klinik Kesihatan Nabawan memberikan perkhidmatan kepada seluruh penduduk daerah  itu membabitkan enam mukim iaitu Nabawan, Sepulut, Pagalungan, Pensiangan, Pemunterian dan Tatalaan, dengan jumlah penduduk kira-kira 32,309 orang.

Antara perkhidmatan yang disediakan di Klinik Kesihatan Nabawan ialah perkhidmatan pesakit luar, rawatan dan kecemasan, penyakit berjangkit, perkhidmatan ibu bersalin, farmasi dan klinik bergerak.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 January 2018 10:14 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: