Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM: RM44 bilion dana biasiswa sejak 2009

18 MAC: Sejak 2009, kerajaan menyediakan peruntukan biasiswa sebanyak RM44 bilion sebagai pelaburan untuk membina modal insan dan memastikan anak-anak muda merealisasikan potensi sebenar mereka.

Menerusi blognya hari ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menegaskan bahawa hanya pendidikan mampu mengubah hidup sebuah keluarga kepada tahap yang lebih baik.

“Dengan usaha gigih dan bantuan kerajaan, seorang anak peneroka FELDA, nelayan atau petani kini mampu berjaya sebagai seorang profesional seperti jurutera, akauntan, doktor mahupun peguam.

“Konsep mobiliti sosial ini akan terus diperjuangkan bagi membina satu masyarakat dan negara yang adil dan inklusif,” katanya.

Selain pelbagai medium penajaan sedia ada seperti MARA dan JPA, kerajaan turut memperkenalkan Program Biasiswa Nasional pada 2009 untuk pelajar cemerlang melanjutkan pengajian di pelbagai universiti terkemuka dunia serta tempatan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 March 2018 10:12 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: