Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM serah peserta MANTAP kepada Ahli Parlimen BN

22 OKT: Seramai 100 graduan terpilih meneruskan Program Internship Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) VII bagi tahun 2017.

Kesemua mereka menerima watikah penempatan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN)  daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sri Perdana,  hari ini.

Peserta  terbabit akan menjalani latihan bersama ahli parlimen BN bagi memahami dan mempelajari usaha kerajaan dalam mendekati rakyat serta tugas seorang wakil rakyat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Pengerusi MANTAP, Datuk Razali Ibrahim, berkata program edisi ketujuh itu mendapat sambutan memberangsangkan dengan menerima 1,368 permohonan.

Bagaimanapun, katanya daripada jumlah itu, hanya 150 pelajar menjalani saringan kedua sebelum 100 peserta terbaik dipilih.

Sepanjang menyertai program anjuran Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) mulai esok sehingga 30 November depan, peserta diberi latihan dan pendedahan dalam pelbagai aspek termasuk pengucapan awam serta hias diri selain pendedahan proses penyediaan bajet.

Hadir sama di majlis tersebut Pengerusi  BNBBC, Tan Sri Shahrir Abd Samad.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 22 October 2017 8:24 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: