Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM tak setuju polis tahan individu hinanya

18 MEI: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak bersetuju dengan penahanan seorang lelaki yang didakwa mengkritiknya.

Susulan itu juga, beliau mengarahkan pihak polis untuk mengkaji tindakan yang diambil.

“Saya tak bersetuju tindakan diambil kepada mereka yang mengkritik saya.

“Saya sudah maklumkan kepada pihak polis berkenaan ini. Undang-undang ini akan dikaji apabila parlimen bersidang kelak,” katanya di Twitter.

Ibu Pejabat Polis (IPD) Langkawi menerusi Facebook, pada Khamis berkata suspek ditahan berikutan laporan polis oleh beberapa NGO yang tidak berpuas hati dengan “penghinaan keterlaluan terhadap Mahathir dan agama Islam”.

Suspek ditahan reman sehingga Ahad ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Dipercayai, penahanan ini adalah yang pertama sejak pentadbiran negara diambil alih Pakatan Harapan (PH).

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 18 May 2018 3:09 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: