Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM tak tahu serbuan rumah Najib

17 MEI: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa tidak dimaklumkan mengenai serbuan dilakukan polis di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, semalam.

Perdana Menteri berkata, serbuan itu dipercayai dilakukan selepas polis mempunyai alasan kukuh untuk menyiasat kediaman bekas Pengerusi BN itu di Taman Duta dan di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

“Saya pun tak dapat maklumat mengenai serbuan ini.

“Kita beri tugas kepada polis untuk menyiasat semua kes jenayah tanpa mengira siapa yang terbabit dan terpulang pada mereka yang menjalankan penyiasatan untuk bertindak,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Petaling Jaya, Khamis.

Semalam berlaku serbuan polis di kediaman Najib dengan lebih 15 kenderaan dan trak polis masuk ke pekarangan rumah bekas Perdana Menteri itu di Taman Duta sekitar jam 10.15 malam semalam.

Manakala beberapa pegawai kanan Bukit Aman turut kelihatan di kediaman peribadi Najib di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur.

Peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal dilaporkan berkata beberapa barangan peribadi seperti beg tangan, pakaian serta hadiah dirampas dari kediaman itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 17 May 2018 4:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: