Kategori Berita Utama

PM tidak perlu sahut cabaran Mahathir

20 JULAI: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abd Azeez Rahim menyarankanPerdana Menteri tidak menyahut cabaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengajak untuk duduk sepentas dalam debat Nothing To Hide 2.

Menganggap debat adalah cara yang digunakan pada zaman purba, Azeez berkata Datuk Seri Najib Tun Razak seharusnya meneruskan usaha murni dalam membantu rakyat kerana akhirnya rakyat juga akan menentukan nasib masa depan pentadbiran negara.

“Saya harap PM tak sahutlah cabaran tersebut, buang masa sahaja pergi debat debat ni, rakyat tahu sama ada Datuk Seri Najib ikhlas atau tidak, contohnya bantu dalam program Ziarah Kasih di 76 parlimen, lebih RM18 juta dibelanjakan.itu semua Perdana Menteri bagi sebab percaya.

“Ini terbukti rakyat boleh menilai kesungguhan,tak perlu pergi berdebat ni.buat MRT, buat LRT lebih baik lah,” katanya pada program sumbangan Smart Braille program Iqra di Setapak, Rabu.

Ahli Parlimen Baling itu berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tun Mahathir yang mahu Najib menyertai beliau dalam sebuah forum yang dianjurkan bulan depan bagi menjawab pelbagai persoalan yang akan dibangkitkan.

Melalui program Nothing to Hide 2.0 itu juga, kata Dr Mahathir, beliau akan menjawab semua soalan yang dibangkitkan kepadanya, termasuk tuduhan berkaitan salah laku dana awam.

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 20 July 2017 12:55 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: