Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM, TPM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang PMR

19 DIS: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang memperolehi keputusan masing-masing hari ini.

Najib berharap pelajar cemerlang itu dapat meneruskan usaha ke arah memangkin kejayaan lebih besar di masa akan datang.

“Tahniah pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Teruskanlah usaha kerana ini satu titik permulaan kepada kejayaan yang lebih besar,” katanya dalam laman Twitter beliau Khamis.

Sementara itu, Muhyiddin pula yang juga Menteri Pendidikan mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa dan guru atas jasa serta pengorbanan mereka yang menyumbang kepada keputusan cemerlang pelajar.

“Tahniah kepada pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam PMR. Tahniah, syabas dan terima kasih atas pengorbanan dan jasa ibu bapa dan guru,” katanya dalam tweet terkini beliau Khamis.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan 30,988 atau 7.33 peratus daripada 462,940 calon PMR di seluruh negara memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran.

Keputusan itu menunjukkan peningkatan 0.41 peratus atau 514 calon berbanding 30,474 orang pada 2012.-bnbbc.my

Tweeter Najib

Tweeter Najib 

Tweeter Muhyiddin
Tweeter Muhyiddin

 

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 19 December 2013 5:07 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: