Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM ucap tahniah kepada Jamal

28 NOV: Datuk Seri Najib Razak berkesempatan mencuba hidangan tengah hari percuma di restoran Restoran Gabungan NGO 1Malaysia di Jalan Pahang, ibukota hari ini.

Perdana Menteri kemudianya berkongsi empat keping foto di laman Facebooknya.

Dalam kunjungan di premis diurus Datuk Seri Jamal Yunos, beliau tidak kekok untuk beramah mesra bersama pengunjung serta menyauk lauk ke pinggan serta menikmati juadah bersama-sama rakyat.

Sebelum berangkat pulang, Najib turut mengucapkan tahniah kepada Jamal yang berjaya merelisasikannya.

“Saya berharap ia akan diperluaskan ditempat lain,” kata beliau hari ini.

Restoran itu dibuka pada 16 Oktober lalu dan menghidangkan makanan secara percuma pada setiap hari bekerja selama tiga tahun.

Ia terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia dan pengunjung hanya perlu mencuci pinggan sendiri.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 28 November 2017 7:47 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: