Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM ucap tahniah pada 5 universiti awam

9 JUN: Lima universiti awam negara yang berjaya menduduki dalam kelompok 300 universiti terbaik dunia dalam senarai Ranking Universiti Dunia QS 2017/2018 menerima ucapan tahniah daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Universiti berkenaan adalah Universiti Malaya (UM) di tangga ke-114, Universiti Putra Malaysia (UPM-229), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM-230), Universiti Teknologi Malaysia (UTM-253 dan Universiti Sains Malaysia (USM) di tangga ke-264.

“Tahniah kepada Naib-naib Canselor UM, UPM, UKM, UTM dan USM di atas lonjakan ranking universiti seperti yang diumumkan,” kata Najib menerusi laman Twitternya, malam semalam.

Semua universiti berkenaan berjaya memperbaiki kedudukan masing-masing berbanding tahun lalu iaitu UM di tempat ke-133 tahun lalu, UPM (270), UTM (288), UKM (302) dan USM di tangga ke-330.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 9 June 2017 10:36 am





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: