Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM ucap takziah kepada pemimpin MCA Tanjong

15 NOV: Perdana Menteri mengucapkan takziah kepada Ketua Pemuda MCA Tanjong yang kehilangan empat ahli keluarganya dalam kebakaran di rumah mereka di Pangkalan Weld, Pulau Pinang.

“Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa tragiknya bagi Lim Swee Bok yang kehilangan anggota keluarganya.

“Takziah dan doa saya bersama-sama beliau pada waktu sukar ini,” kata Datuk Seri Najib Tun Razak di Twitter rasminya hari ini.

Dalam kejadian 6 pagi tadi, mangsa dikenal pasti sebagai isteri Swee Bok, Chen Yen, 35, anak, Yin Chun, 9, dan perempuan, Jia Yiin, 8 serta ibu, Lau Sai Poh, 62.

Swee Bok dilaporkan tidak bersama keluarganya dalam kejadian yang memusnahkan rumah jenis kluster dua tingkat itu.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 15 November 2017 8:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: