Kategori Ekonomi

PM umum beberapa langkah rangsang aktiviti perdagangan

6 FEB: Beberapa langkah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini bagi merangsang aktiviti perdagangan saham di Bursa Malaysia.

Ini penting katanya bagi menggalakkan lebih banyak penyertaan daripada pelabur ke dalam pasaran modal tempatan.

Antara langkah tersebut adalah pengecualian setem duti ke atas syarikat-syarikat bersaiz sederhana dan kecil yang didagangkan di Bursa Malaysia berkuatkuasa Mac ini.

Selain itu, kesemua pelabur turut dibenarkan untuk melakukan dagangan singkat intra-day selain meliberalisasikan peraturan-peraturan bagi margin pembiayaan.

Jelas Najib, langkah tersebut adalah untuk menjadikan pasaran modal Malaysia lebih menarik.

“Dalam Bajet 2017, kami memasukkan beberapa langkah untuk meningkatkan kemeriahan segmen syarikat bersaiz sederhana dan kecil di dalam pasaran saham tempatan.

“Kita mempunyai lebih daripada 350 syarikat bersaiz sederhana dan kecil dengan jumlah keseluruhan pasaran sebanyak RM217 bilion yang merangkumi lebih satu pertiga daripada syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

“Selepas mengadakan perbincangan mendalam dengan Suruhanjaya Sekuriti, saya gembira apabila dapat mengumumkan langkah-langkah yang bakal merangsang kemeriahan pasaran,” katanya semasa menyampaikan ucaptana Simposium Pasaran Modal Dunia di sini hari ini.

Najib turut mengumumkan pengenalan kategori baharu pedagang yang akan berdagang menggunakan akaun mereka sendiri dikenali sebagai ‘pakar perdagangan’.

Selain itu program berinsentifkan volum juga akan diperkenalkan oleh Bursa Malaysia untuk menjadi pemangkin aktiviti dagangan.

Pelabur-pelabur baharu juga akan diberikan pengecualian daripada yuran dagangan dan yuran selepas selesai transaksi (clearing fee) selama enam bulan bagi menggalakkan lebih banyak pelabur menyertai pasaran saham.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 6 February 2018 4:14 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: