Kategori Berita Utama

PM umum BR1M naik sehingga 50%

7 APRIL: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan kenaikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sehingga 50 peratus.

Katanya ia adalah susulan ekonomi negara yang semakin kukuh sejak awal tahun terutama kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bertambah sekaligus membolehkan kerajaan berkongsi nikmat terbabit kepada golongan sasaran.

“Bagi isi rumah RM3,000 ke bawah yang menerima Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) pada Jun dan Ogos nanti, jumlahnya akan ditingkatkan daripada RM400 kepada RM800.

“Manakala bagi isi rumah RM3,000 hingga RM4,000, pemberian BRIM masing-masing berjumlah RM300 ditingkatkan kepada RM600. Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat daripada RM900 kepada RM1,500.

“Bagi kategori bujang, BR1M yang telah dibayar kepada pada Februari lalu akan ditambah lagi sebanyak RM150. ini menjadikan jumlah bertambah menjadi RM600,” katanya dalam ucapan semasa pelancaran Manifesto BN di Bukit Jalil, Sabtu.

Majlis berkenaan dihadiri oleh pemimpin kanan BN termasuk Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi serta daripada parti komponen dan lebih 40,000 penyokong parti.

Dalam pada itu, Pengerusi BN itu berkata terdapat golongan dalam kategori tambahan yang turut menerima manfaat.

“Bag golongan berpendapatan RM4,000 hingga RM5,000, mereka akan menerima BR1M sebanyak RM700 yang akan dibayar secara berperingkat iaitu pada Jun dan Ogos ini sebanyak RM350 masing-masing,” katanya.

Selain itu, bayaran pukal sebanyak RM1,500 akan diberi kepada anak-anak penerima BR1M yang menjadi penuntut di pusat pengajian tinggi.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 7 April 2018 10:45 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: