Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

PM yakin Adenan jadikan Sarawak lebih maju

13 FEB: Pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu diyakini akan memastikan kesinambungan dan menyemarakkan lagi usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Khamis.

“Kerajaan Persekutuan menyokong pimpinan baharu Sarawak dan yakin Adenan dapat meneruskan segala yang telah dirancang serta melonjakkan pembangunan negeri itu ke tahap yang lebih membanggakan,” kata Najib dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan di Putrajaya pada pagi Selasa.

Putrajaya yakin Adenan berupaya lonjakkan Sarawak ke tahap lebih tinggi

Menurut beliau Adenan, Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Tugas-Tugas Khas), mempunyai pengalaman luas dalam kerajaan dan politik.

Pemilihan beliau juga diterima anggota Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan semua komponen BN Sarawak selain disambut baik oleh rakyat negeri itu, kata Najib.

“Saya percaya dengan pengalaman luas dan sokongan semua pihak, Adenan akan dapat meneruskan kecemerlangan Sarawak sebagaimana di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta memastikan Sarawak terus menjadi benteng kuat BN,” kata Najib.

Taib pada Rabu mengumumkan pengunduran beliau daripada jawatan Ketua Menteri berkuat kuasa 28 Februari ini dan menamakan Adenan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Datu sebagai pengganti.

Taib berkata Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abang Muhammad Salahuddin telah bersetuju dengan penamaan Adenan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima, dan majlis angkat sumpah Ketua Menteri yang baharu akan diadakan juga pada 28 Februari.

Adenan Satem ganti Taib MahmudSementara itu Adenan masih enggan membuat sebarang ulasan mengenai pelantikan beliau.

“Bukan hari ini, mungkin lain-lain masa,” kata beliau ringkas ketika ditemui pemberita selepas menghadiri istiadat pengurniaan darjah kebesaran negeri kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersempena ulang tahun ke-92 Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Beliau kemudian bergegas menaiki kereta meninggalkan pekarangan Astana Negeri.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 13 February 2014 5:16 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: