Kategori Berita Utama

Polis akan tahan diplomat asing mengintip

Dalam zaman serba moden dan canggih kini, isu intipan atau risikan bukan asing dalam dunia tanpa sempadan dan yang memisahkan cuma niat pihak yang berbuat demikian.

Saperti dalam wayang gambar, ada kedutaan atau diplomat melakukan intipan.

Jika ada berniat demikian di Malaysia, bersedialah menerima risiko.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Kalid Abu Bakar menegaskan, pihaknya akan menangkap diplomat asing sekiranya mereka didapati terlibat dalam pengintipan di negara ini.

intipanBeliau berkata, pada tahun 1980-an, polis telah menahan diplomat asing yang terlibat dalam aktiviti pengintipan di negara ini.

“Kita akan berbuat demikian lagi sekiranya terdapat bukti mereka melakukan perbuatan itu,” katanya mengulas isu itu di Yan.

Beliau juga berkata, polis mempunyai hubungan rapat dengan rakan sejawat di luar negara, tetapi hanya melibatkan kegiatan jenayah merentas sempadan

Sementara itu, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kegiatan pengintipan ke atas Malaysia oleh negara sahabat adalah perkara yang serius.

“Ini kerana tindakan itu boleh menyebabkan hubungan sebelum ini, yang bersandarkan kejujuran dan keikhlasan, menjadi tegang.

“Saya percaya kalau ia tidak dapat diperjelaskan dengan sepenuhnya, mungkinhubungan kita yang telah dibina selama ini tegang. Sebab itu, apa yang dikatakan intipan itu perlu kita dapat penjelasan terperinci setakat mana ia wujud dan untuk apa,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Rumah Terbuka Deepavali Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan dan Sumber Manusia R.Vidyanathan, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Kahang, di Taman Sri Lambak di Kluang, Ahad.

Turut hadir Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata, ketegangan boleh dielak sekiranya negara sahabat terbabit berpegang kepada kejujuran dan keikhlasan dalam hubungan mereka dengan Malaysia.

Isu pengintipan timbul berikutan laporan akhbar berhubung dakwaan pemberi maklumat perisikan, Edward Joseph Snowden, yang mendedahkan bahawa Amerika Syarikat (AS) mempunyai 90 kemudahan pengawasan elektronik di seluruh dunia termasuk kedutaan AS di Kuala Lumpur.

Justeru, Hishammuddin berkata beliau inginkan penjelasan yang mendalam berhubung perkara itu kerana kegiatan intipan boleh menjejas keselamatan dan kepentingan negara.

Sementara itu, Duta AS di Malaysia, Joseph Y.Yun dilapor sudah memberi penjelasan berhubung dakwaan pengintipan kepada Wisma Putra.

Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Yun menyatakan semua kegiatanpengawasan yang dijalankan AS di seluruh dunia adalah bagi tujuan keselamatan, khususnya mengenal pasti kewujudan ancaman seperti keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran.-3/11/2013

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 3 November 2013 8:50 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: