Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis ambil keterangan Guan Eng

1 APRIL: Polis Pulau Pinang mengambil keterangan Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini bagi membantu siasatan kes menghasut kanak-kanak membenci kerajaan Persekutuan dalam satu program pada dua minggu lalu.

Laporan Astro Awani menyebut bahawa dua pegawai polis Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut hadir ke Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR) pada jam 2 .15 petang.

Mereka kemudian mengambil keterangan Guan Eng yang ditemani peguam beliau, RSN Rayer jam 2.55 petang.

Rakaman percakapan yang dianggarkan semalam 40 minit itu bagi melengkapkan siasatan berhubung kes yang disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pada 17 Mac lalu, Guan Eng mengajak kanak-kanak menyanyikan  lagu ‘ABC’ yang diubah lirik kepada GST dan berbaur politik itu ketika melancarkan Pusat Tuisyen Rakyat di Flat Mutiara Idaman 2, Jelutong.

Susulan itu, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik membuat laporan polis ke atas Guan Eng kerana didakwa mengamalkan politik menghasut ke atas kanak-kanak membenci kerajaan.

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 1 April 2018 5:19 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: