Kategori Semasa/Laporan Sidang Parlimen

Polis awasi orang luar langgar undang-undang

14 MAC: Polis yang khuatir dengan kemasukan ramai orang luar, khususnya  dari luar Mukah dan Sarawak ke kawasan PRK DUN Balingian akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Salleh Mat Rasid bagaimanapun yakin PRK itu  akan berjalan lancar dari aspek keselamatan awam.

Sehubungan itu, beliau  merayu semua parti politik bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti supaya mematuhi undang-undang dan peraturan pilihan raya untuk memastikan ia berjalan lancar.

N51 Balingian“Risikan dijalankan menunjukkan tiada apa untuk dibimbangkan, khususnya aspek keselamatan awam. Keselamatan awam dijamin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat mengenai persediaan polis menghadapi pilihan raya kecil itu di sini hari ini. 

Katanya  semua pihak perlu memohon permit lebih awal untuk mengadakan perhimpunan atau ceramah supaya pegawai polis daerah boleh memberi nasihat atau memutuskan sama ada memberi kebenaran atau tidak.

SPR sudah menetapkan penamaan calon PRK Balingian 17 Mac ini manakala pengundian pada 29 Mac dengan 13,366 pengundi berdaftar layak menentukan wakil rakyat mereka bagi menggantian Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang sudah dilantik Tuan Yang DiPertua Negeri Sarawak, baru-baru ini.-bnbbc.my

Share This:

Share



Berita Bertarikh pada 14 March 2014 10:52 pm





UTAMA PENAFIAN HUBUNGI KAMI WEBMAIL


HAK CIPTA TERPELIHARA © 2013 - 2016 BARISAN NASIONAL BACKBENCHERS COUNCIL

[ Log in ]

%d bloggers like this: